Tentang Kami

PENGENALAN

Merupakan Entiti Khas Yang Ditubuhkan Pada 18 Jun 2013 Di Bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Dibawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258). Penubuhan Yayasan Pendidikan Malaysia Menfokuskan Kepada 2 Objektif Iaitu Sebagai Pemudahcara Kepada Pelajar Sederhana Miskin / Miskin Ke Intitusi Pendidikan Tinggi Terpilih Dan Memberi Bantuan Awalan Kepada Pelajar Dari Kalangan Keluarga Sederhana / Miskin Dalam Kumpulan B40.

MISI

Menjadi Sebuah Institusi Yang Pakar Dan Sebagai Wadah Yang Dipercayai Serta Diiktiraf Untuk Membangunkan Potensi Genetik Anak-Anak Watan Ke Arah Memastikan Kemajuan, Kekayaan
Dan Kemuliaan Yang Berkekalan Bagi Diri Keluarga Dan Seluruh Generasi Akan Datang.

VISI

Sentiasa Menambahbaik Dan Meningkat Upaya Sistem Penyampaian Dan Modul Agar Lebih Komprehensif Dan Efektif. Memberi Layanan Yang Terbaik Kepada Golongan Sasar Secara Profesional Dan Akauntabiliti. Ketelusan, Akurasi Dan Keboleh-percayaan Dalam Pengurusan Dana. Kekal Dalam Memberikan Nilai Tambah Kepada Pelajar Serta Seluruh Rakyat Malaysia.